
Kesebelasan JDT. – Foto fb Johor Southern Tigers
TIDAK beraksi sebagaimana biasa dilihat antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan 0-5 skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada Kawasaki Frontale pada aksi Kumpulan I, Liga Juara-Juara AFC (ACL), di Stadium Todoroki Atheletic, pada Selasa.
Malah, pengendali skuad Harimau Selatan, Esteban Solari jelas bernada kecewa susulan kekalahan tersebut turut mengesahkan skuad Harimau Selatan itu tersingkir dari saingan ACL kali ini, biarpun masih berbaki satu perlawanan.
“Bagi kami (perlawanan) malam ini (Selasa), agak berbeza di mana kami tidak beraksi dengan ‘permainan’ yang kami inginkan.
“Ini bermakna kami (JDT) telah tersingkir daripada saingan kali ini, biarpun masih ada satu perlawanan untuk diharungi selepas ini.



