“Tidak Mahu Bertindak Ikut Emosi” – Bella Astillah Cari Ketenangan Di Majlis Ilmu, Sokongan Rakan Selebriti Buat Ramai Tersentuh

“Tidak Mahu Bertindak Ikut Emosi” – Bella Astillah Cari Ketenangan Di Majlis Ilmu, Sokongan Rakan Selebriti Buat Ramai Tersentuh

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri tumpuan apabila hadir ke majlis ilmu dikendalikan oleh selebriti, Betty Rahmad.

Menerusi sebuah video suntingan siaran langsung di TikTok, Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, manis berpenampilan jubah dan tudung berona ungu.

Dalam potongan video tersebut, Bella dipercayai sempat memberikan pengajaran yang dipelajarinya agar tidak bertindak mengikut perasaan.

“Supaya tidak bertindak mengikut emosi, Insya-Allah,” katanya tersenyum.

Video tersebut turut memaparkan rakan selebriti seperti Noor Neelofa, Heliza Helmi memeluknya seakan memberi tanda sokongan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan doa agar Bella diberi kekuatan untuk mengharungi setiap ujian kehidupannya.

@mine2je

Alhamdulillah 💖 #bellaastillah #syedsadiqq #BASS #fypppppppppppppppppppp #bellaastillahsyedsaddiq

♬ original sound – Mine – Mine

Sebelum ini, malam Anugerah Melodi Terhangat 2025 menjadi topik perbualan hangat di media sosial susulan momen penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menyampaikan kategori wanita feminin yang dimenangi oleh aktres, Sophia Albarakbah.

Mempunyai kisah silam yang mendukakan, Bella yang kelihatan trauma di atas pentas seakan sukar menyebut nama Sophia sebagai pemenang.

Susulan itu, pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq mendedahkan selebriti itu menggigil dan masih trauma dengan perkara yang terjadi yang hanya diketahui oleh rakan terdekatnya sahaja.

Artikel Berkaitan: PA Dedah Bella Astillah Menggigil, Trauma Berdepan Sophia Albarakbah – “Kawan Terdekat Tahu Apa Dia Buat…”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Rasa Kena Sindir Pun” – Sophia Albarakbah Tak Rasa Kekok Terima Trofi, Ketiadaan Bella Astillah Di Sidang Media Timbul Tanda Tanya

 

Scroll to Top