“Tidak mengecewakan..”- Abby Abadi puji filem Anwar, harap ada kesinambungan

“Tidak mengecewakan..”- Abby Abadi puji filem Anwar, harap ada kesinambungan

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Abby Abadi memuji hasil filem Anwar: The Untold Story yang memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan berkata, meskipun terdapat beberapa babak yang pada pendapatnya sedikit ‘meleret’ dan tidak mempunyai pengakhiran, dia tetap boleh memahami mesej yang cuba disampaikan.

Bahkan, Abby juga memuji gandingan mantap lakonan Acha Septriasa (Wan Azizah) dan Farid Kamil (Anwar Ibrahim) selain mengajak orang ramai menonton filem garapan kisah hidup Anwar Ibrahim dalam dunia politik.

“Kena tonton..bukan sahaja untuk anak muda mahupun berusia, yang tak pernah ambil tahu, tak ambil peduli tentang politik negara, kena tahu cerita-cerita ini,”ujarnya.

Dalam pada itu, aktres berusia 45 tahun itu berharap agar filem berkenaan mempunyai sambungan memandangkan jalan ceritanya seperti tergantung.

Sementara itu, pelakon drama Gerak Khas meluahkan rasa lega sebaik sahaja menonton filem yang berjaya meraih kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan kerana segala ‘teka-teki’ pemecatan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.

“Setelah 25 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Waktu itu saya sibuk menyanyi dan menjalani penggambaran.
“Apabila mendengar Anwar Ibrahim dipecat, walaupun saya tidak faham dan tidak mengambil tahu hal-hal politik tapi hati kecil saya berkata ‘ada sesuatu yang tidak kena dan Anwar Ibrahim tidak bersalah sebab secara tiba-tiba sangat!
“Gandingan yang sangat hebat dimata saya waktu itu diantara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, tiba-tiba Anwar dipecat,”imbaunya.

Cerita Abby lagi, ingatannya masih segar apabila mengimbas kembali detiknya berkejaran ke rumah Anwar Ibrahim di sebuah tempat penyokong berkumpul. Pun begitu, dia hanya mampu memerhati dari jauh sahaja kerana risau orang ramai akan mengenali dirinya.

Dedah Abby, dia merupakan peminat setia Anwar Ibrahim, namun tidak berani tunjuk secara nyata kerana bimbang akan disekat daripada terlibat aktif dalam dunia hiburan.

“Dipendekkan cerita, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim melekat dalam kepala saya.
“Saya mengikuti perkembangan kes beliau, cuma saya tak mampu nak buat apa-apa sebab zaman itu kalau tak sokong kerajaan. artis takut kena ‘banned’
“Saya tampal pelekat Keadilan di kereta pun ditegur pengarah dan berkata ‘Jangan Abby, nanti kau tak boleh berlakon nanti’. Saya ingat lagi dialog ini,”ceritanya lagi.


Di akhir coretan, bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim meluahkan rasa syukur apabila mendapat tahu Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“…walaupun fitnah tak pernah berhenti. Saya tetap yakin yang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang terbaik untuk memimpin Malaysia.
“Buat Datuk Seri Anwar Ibrahim, terima kasih kerana bertahan berpuluh tahun, korbankan diri demi Malaysia yang lebih baik,”titipnya.
@abbyabadi112

Anwar The Untold Story ❤️ 9/10 … sbb ada scene2 yg pada Sy drag sikit & cerita mcm tak selesai🫢 Tapi keseluruhan utk yg ini, Alhamdullillah.. buleh faham. Acha Septriasa hebat, Farid Kamil juga tidak meengecewakan👍🏻☺️ Kena tonton… bukan sahaja utk anak muda, utk yg dah tua2 pun, yg tak pernah ambil tahu, tak ambil peduli tentang Politik Negara, kena tahu cerita2 ini.. 😶‍🌫️ Setelah 25tahun 🥲 DS @anwaribrahim_my ❤️ Waktu tu Sy sibuk menyanyi pastu sibuk shooting…. bila mendengar DSAl dipecat, walaupun sy tidak faham & tidak mengambil tahu hal2 politik, tp hati kecil sy berkata.. Ada sesuatu yg tidak kena & DSAI tidak bersalah…. sbb tiba2 sangat! Gandingan yg sangat hebat dimata Sy waktu itu diantara Tun Mahathir & DSAI, dan tiba2 DSAI dipecat 🥺 Dalam pada tak faham2 tu, Sy ingat lagi walaupun berseorangan, sy pergi berkejar ke rumah DSAI tempat ramai penyokongnya berkumpul.. takde parking, sy memerhati dari dalam kereta.. sbb nk turun segan nanti org kenal. Nak bercerita panjang pun dah ingat2 lupa.. tp Sayunya hati ini waktu tu hanya ALLAH yg tahu..(nk share gmbr pun hp lama tah kemana)🫢 Dipendekkan cerita… hari berganti hari, bulan berganti bulan.. tahun berganti tahun.. DSAI melekat dalam kepala Sy.. Sy mengikuti perkembangan kes beliau, cuma Sy tak mampu nk buat apa2.. sbb zaman tu kalau tak sokong kerajaan, artis takut kena banned☺️ Sy tampal sticker Keadilan kt keretapun Sy, ada pengarah tegur Sy, jangan Abby.. nanti kalau tak buleh berlakon nanti… Sy ingat lagi dialog ni 😶‍🌫️ Jadi sampailah pada harini, apabila DSAI di naik darjatnya oleh ALLAH sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun fitnah tak pernah berhenti, Sy tetap yakin yg DSAI adalah yg terbaik utk memimpin Malaysia 🥰 Buat DSAI.. Terima Kasih kerana bertahan…..berpuluh tahun, korbankan diri Demi Malaysia yg lebih baik.. Jaga kesihatan sbab risau Sy tengok DSAI aktif sangat.🫢😍 Ikhlas, Abby Abadi #IngatSydalamdoaDSAI #dapatmasyksyurgatariksayasama ☺️ Salam Jumaat

♬ Menjaga Cintamu – Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Sekadar info, filem Anwar: The Untold Story mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada Khamis dengan mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Sumber: TikTok @abbyabadi112