Tidak pakai pelitup muka di Parlimen, sekali lagi Tajuddin dikompaun

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang legar Parlimen bersama seorang individu lain, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesan sebuah mesej yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @sultanoftasik yang memaparkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka.

“Hasil siasatan dijalankan mendapati Tajuddin menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat semalam. Pada hari sama jam 2.30 petang, beliau didapati tidak memakai pelitup muka ketika bersama seorang individu lain di ruang legar Parlimen.
“Akibat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu, satu notis kompaun dikeluarkan terhadap beliau 1 tengah hari tadi,” kata Ketua Polis Sentul.

Terdahulu, MP Pasir Salak itu pernah didakwa gagal memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang media mengenai insiden kemalangan tren di Stesen LRT  seperti yang sudah termaktub dalam syarat SOP.

Beliau telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana telah melanggar SOP seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin), Twitter @sultanoftasik