[TIDAK RASMI] BN kekal di Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

[TIDAK RASMI] BN kekal di Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

olivia@nst.com.my

Kinabatangan: Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan tidak rasmi di kedua-dua kawasan Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mohd Kurniawan Naim Moktar menang dengan majoriti 14,214 undi, selepas semua 119 saluran pengundian dikira.

Sementara itu, Mohd Ismail Ayob daripada BN juga memperoleh kemenangan tidak rasmi di kerusi DUN Lamag dengan majoriti 5,681 undi daripada 32 saluran.

Dr Asyraf Wajdi turut berkongsi perkembangan pilihan raya itu di Facebook rasminya.

Kedua-dua kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Seri Bung Moktar pada 5 Disember tahun lalu.

[TERKINI] BN mendahului di PRK Kinabatangan, DUN Lamag

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top