Tidur hotel dengan suami, wanita ralat ada orang ‘report’ hingga diserbu JAWI

Tidur hotel dengan suami, wanita ralat ada orang ‘report’ hingga diserbu JAWI

Isu ‘diterjah’ jabatan agama Islam kerana tidur di hotel bukan lagi sesuatu yang baru. Walaupun kadang kala ia dilihat agak mengganggu buat mereka yang sememangnya pasangan suami isteri, namun pihak jabatan agama Islam hanya menjalankan tugas selepas menerima aduan daripada orang awam.

Hal tersebut dilalui sendiri oleh satu pasangan suami isteri apabila bilik hotel yang mereka check-in diketuk oleh pihak jabatan agama Islam kerana ada aduan yang mengatakan mereka berdua-duaan.

Apa yang membuatkan mereka lebih panik adalah kad perkahwinan mereka belum siap dan belum lagi diambil di pejabat agama Islam untuk menunjukan bukti mereka adalah suami isteri.

Luahan tersebut dibuat oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai fyfa09 apabila berasa ralat dengan kejadian yang dilalui oleh mereka berdua.

@fyfa09

Aku taknaik asing pun dengan laki aku😭 hm #masukfyp #fyp

♬ original sound – Rap Connoisseur

Lebih membuatkan dia dan suami panik adalah surat perakuan sudah menikah juga hanya valid selama 3 bulan sahaja daripada tarikh pernikahan.

Disebabkan tiada bukti lain untuk menegaskan mereka adalah pasangan suami isteri, Fyfa09 dan suami telah menunjukan gambar-gambar perkahwinan mereka kepada pegawai yang bertugas. Mujurlah masing-masing menerima penjelasan tersebut dan memaklumkan ada yang melaporkan tentang mereka kepada pihak jabatan agama Islam.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, kebanyakan netizen mengakui pernah mengalami kejadian hampir sama ‘diterjah’ ketika sedang tidur di dalam bilik hotel walaupun sudah bergelar suami isteri.

Ada juga yang memaklumkan kad kahwin yang mereka buat masih belum siap walaupun sudah berkahwin lama sehingga menyukarkan pembuktian bahawa mereka sudah bergelar pasangan suami isteri.

 

Sumber: TikTok @fyfa09

Scroll to Top