mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon Emelda Rosmila, 44, berkongsi kerinduan dan kenangan terhadap allahyarham ibunya sempena Hari Ibu.
Emelda menerusi media sosial Instagramnya mengucapkan Selamat Hari Ibu yang disertakan dengan kata-kata yang menyentuh perasaan.
“Selamat Hari Mama. ‘Almost’ tiga bulan tak kuat nak tengok gambar-gambar Mama.
“Hari ini hari Mama. Mesti pagi-pagi dah call wish mama. Tanya mama nak hadiah apa? Nak pegi mana? Nak makan apa?
Selalu cakap, tak nak apa-apa, Dah-dah selalu beli mama macam-macam. Tak pernah minta duit Mel atau minta apa-apa, melainkan dia suka sangat. Itu pun bila minta, ayat dia berlapik-lapik,” tulisnya.
Emel menganggap ibunya seorang yang istimewa dan mulutnya tidak pernah lekang mendoakan anak-anak.
“Sangat-sangat supportive. Peminat nombor satu Mel. Suka tengok Mel berlakon. Selalu suruh hantar gamba-gambar Mel bila dah mekap-mekap kat set. Selalu cakap cantiknya anak mama.
“My heart is broken into pieces. The heartache is unbearable (Hati saya hancur berkeping-keping. Kesakitan ini tidak tertanggung)
“Hari-hari langkah terasa berat. Hati rasa kosong. Selama lamanya akan ada kekosongan yang tiada siapa boleh isi.
“Kehilangan ibu, kehilangan yang sangat berat. Luluh segala jiwa raga. Hilang segala nikmat doa keramat seorang ibu,” tulisnya lagi.
Setiap hari, Isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramli ini memohon kepada Allah SWT supaya menerima dan menyampaikan doa-doanya buat kedua orang tuanya.
“Rindu yang tiada penghujung.
Happy Mother’s Day Mama.
There’s never a day that goes by without me thinking about you.
Always in my heart, Always in my prayers (Tiada satu hari pun berlalu tanpa aku memikirkan tentangmu. Sentiasa dalam hatiku, sentiasa dalam doaku).
Al-Fatihah. Rokiah Bte Ibrahim,” tulis Emelda.
Terdahulu, ibu Emelda, Allahyarham Rokiah Ibrahim menghembuskan nafas terakhir, jam 5.30 petang di Hospital Putrajaya pada 23 Februari lalu.
Rokiah, 78, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru di sisi anak-anak dan ahli keluarga terdekat.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana.
© New Straits Times Press (M) Bhd