Tiga Daerah Di Kedah Diramal Banjir Mulai Hari Ini, Amaran Dari PRABN | Trending – Oh! Media

Tiga Daerah Di Kedah Diramal Banjir Mulai Hari Ini, Amaran Dari PRABN | Trending – Oh! Media

Trending

PRABN keluarkan amaran banjir di Kubang Pasu, Pendang dan Langkawi. Hujan lebat dan paras sungai meningkat dijangka sebabkan banjir mulai hari ini.


Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan amaran banjir yang dijangka melanda tiga daerah di Kedah bermula hari ini, susulan hujan lebat berterusan dan paras sungai yang diramal melimpah.

Menurut laporan Harian Metro, PRABN dalam satu kenyataan berkata daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Pendang dan Langkawi.

Kawasan terjejas di Kubang Pasu

Kedah Diramal Banjir

PRABN memaklumkan banjir berpotensi berlaku di sekitar Sungai Bata, melibatkan:

  1. Kampung Bata
  2. Kota Giam
  3. Paya Tok The
  4. Paya Nongmi
  5. Tebing

Limpahan Sungai Pendang jejas beberapa kawasan

Kedah Diramal Banjir 2

Di daerah Pendang, limpahan Sungai Pendang dijangka menyebabkan banjir di kawasan berikut:

  1. Pekan Pendang
  2. Hampar
  3. Suka Mari
  4. Banggol Kambing
  5. Seberang Pendang
  6. Tanjung Raden
  7. Banggol Besi
  8. Alor Ali
  9. Hampar Kanan
  10. Sukamari.

Langkawi turut berisiko dilanda air naik

Kedah Diramal Banjir 3

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Langkawi, membabitkan limpahan Sungai Melaka, di sekitar Padang Matsirat, Kedawang, Bohor Masjid dan Bubur.

Banjir dijangka bermula hari ini hingga 28 November

Kedah Diramal Banjir 4

Banjir dijangka berlaku mulai 12 tengah hari ini (24 November 2025) hingga 5 petang, Jumaat (28 November 2025).

Susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya)… serta status air sungai yang diramal menaik dan melebihi aras bahaya, diramalkan banjir akan berlaku di beberapa daerah di Kedah.

Namun PRABN mengingatkan bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada waktu dijangka.

Penduduk dinasihati mematuhi arahan pihak berkuasa… dan berwaspada di kawasan berisiko.

Pssttt! Jika anda tinggal di kawasan berisiko, sediakan beg kecemasan dan patuhi arahan pihak berkuasa. Banjir boleh datang tanpa amaran, lebih baik berjaga sebelum terlambat.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top