Tiga duo mara akhir

Tiga duo mara akhir

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Shah Alam: Tiga pasangan duo  berjaya mara ke peringkat akhir program realiti Famili Duo 3 yang akan berlangsung, Ahad depan. 

Mereka adalah pasangan adik-beradik Sharif & Syaiful Zero, Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik). 

Masing-masing berjaya mara ke pentas akhir selepas meraih jumlah kutipan markah tertinggi sebaik sahaja tamat saingan separuh akhir bertemakan hip hop & dance yang berlangsung di Studio ntv7, Glenmarie, di sini, malam tadi.

Pasangan Sharif & Syaiful Zero mendahului dengan 399.4 markah. Haqiem Rusli & Ariff Bahran di kedudukan kedua dengan 368.6 markah, manakala tempat Adira & Emma Suhaimi di tempat ketiga dengan 365.2 markah. 

Tiga pasangan duo dengan jumlah markah terendah pula adalah pasangan Tom & Fuad Rahman (suami isteri- 342.6), Syahir & Shila Amzah (adik-beradik- 310.7) dan Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik-308.7)

Ia sekali gus menyaksikan ketiga-tiga pasangan itu terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke peringkat akhir.

Sementara itu, Adira & Emma Suhaimi yang membawa lagu Side To Side diumumkan selaku juara mingguan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Saingan peringkat akhir dengan tema vokal berkumpulan atau duo popular  akan bersiaran secara langsung di TV3 pada Ahad depan bermula jam 9 malam dengan menawarkan hadiah utama bernilai RM100,000.

Famili Duo 3 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Program realiti ini dikendalikan Janna Nick dan Izzue Islam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top