Tiga hari Kahar: Kapla High Council kutip RM3 juta

Tiga hari Kahar: Kapla High Council kutip RM3 juta

Kuala Lumpur: Filem Kahar: Kapla High Council mencatat kutipan RM3 juta selepas tiga hari ditayangkan.

Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, majoriti penonton meluahkan rasa puas dengan jalan cerita serta kualiti produksi filem arahan Razaisyam Rashid ini.

“Terima kasih kepada penonton. Kami bersyukur dengan penerimaan baik filem ini.

“Melihat reaksi serta komen penonton, rata-ratanya berkongsi kepuasan mereka dari sudut jalan cerita, kualiti produksi dan memahami mesej yang ingin disampaikan seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang.

“Kami mengharapkan lebih ramai memberi peluang untuk menonton filem ini dan berkongsi pandangan serta pengalaman bersama kami,” katanya.

Filem Kahar: Kapla High Council dibintangi Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh, Khenobu, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris dan ramai lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top