Oh! Tidak
Tiga kereta Cikgu Chandra terbakar awal pagi. Kes dipercayai perbuatan lelaki tidak dikenali.
Nampaknya kumpulan yang menyerang rumah Cikgu Chandra sebelum ini masih tidak puas hati dan melakukan keganasan. Kali ini, tiga kereta milik beliau telah dibakar sekumpulan lelaki pula.
Menurut perkongsian pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung di Facebook, kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi. Beberapa gambar turut dimuat naik menunjukkan keadaan kereta Cikgu Chandra yang hangus dijilat api.
Kereta Cikgu Chandra dibakar ketika orang sedang tidur
Firdaus memaklumkan ketiga tiga kereta milik Cikgu Chandra dibakar dalam kejadian tersebut. Insiden itu berlaku ketika kebanyakan orang sedang tidur.
Nasib baik pasukan bomba dan polis tiba dengan cepat untuk memadamkan api dan memastikan keadaan terkawal.
Firdaus turut berkongsi bahawa Cikgu Chandra menghubunginya pada awal pagi bagi memaklumkan situasi sebenar yang berlaku. Panggilan itu dibuat sekitar jam 5.30 pagi.
Menurutnya lagi, pihak polis kini berada di kawasan rumah Cikgu Chandra bagi mengawal keselamatan persekitaran dan memastikan keluarga aktivis itu berada dalam keadaan selamat.
Ketika Cikgu Chandra menghubungi saya pada 5.30 pagi tadi, dia memaklumkan pihak polis mengawal kawasan persekitaran rumahnya dan menjaga keselamatan keluarganya.- Katanya.
Kes dipercayai ada kaitan dengan serangan sebelum ini

Firdaus juga meluahkan keyakinan bahawa pihak polis akan berjaya menahan suspek dalam masa terdekat. Katanya, dalang serta individu yang menghasut kejadian ini pasti akan dikenal pasti.
Saya yakin polis bakal menangkap suspek, dalang serta penghasut dalam waktu terdekat ini.- Katanya.
Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas pendakwah bebas Zamri Vinoth turut diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam keretanya.
Pssttt! Ohmedia harap kes seperti ini dapat disiasat dengan segera supaya keselamatan orang ramai terus terjamin. Apa pun, elakkan bertindak di luar batas undang-undang kerana setiap masalah ada cara penyelesaian yang lebih baik.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



