Tiga kontena e-waste disita di Pelabuhan Klang

Tiga kontena e-waste disita di Pelabuhan Klang

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang menyita tiga kontena berisi sisa elektronik (e-waste) dianggarkan seberat 62,461 kilogram di tapak CFS4 Pelabuhan Klang Barat, dekat sini, hari ini.

Pemeriksaan berkenaan diketuai Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal dan disertai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); SIRIM; Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM); Lembaga Pelabuhan Klang dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

Nik Ezanee berkata, sebanyak 20 kontena diperiksa kira-kira 9 pagi, 20 kontena diperiksa, dan mendapati tiga daripadanya berisi e-waste dan 17 kontena mengandungi sisa plastik.

“Setiap ontena berkenaan masing-masing membawa 23,910 kilogram; 20,407 kilogram dan 18,144 kilogram campuran kabel dan e-waste.

“Kesemua kontena masuk ke dalam negara seawal Julai 2025 hingga Januari tahun ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kemasukan Bahan Buangan Terjadual adalah dilarang sama sekali menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“AKPS akan meneruskan pemeriksaan ke atas kontena dagangan yang disyaki membawa sisa-sisa yang terlarang.

“Sejak 26 Januari lalu sejumlah 116 kontena diperiksa dengan 43 daripadanya dikesan membawa sisa termasuk e-waste yang dianggarkan seberat 911,000 kilogram,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top