Impian tiga lelaki yang kononnya mahu ‘dilayan’ seorang wanita berusia 23 tahun berakhir dengan tangkapan apabila bilik hotel mereka di bandar Johor Bahru diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sekitar jam 12.30 tengah malam semalam.
Menurut laporan Harian Metro, JAINJ berkata yang serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan mendapati empat individu berusia 20-an itu berada dalam sebuah bilik hotel yang ditempah sejak dua hari lalu.
Makan dulu, wanita terus diajak ke hotel

Berdasarkan siasatan, seorang lelaki terlebih dahulu membelanja wanita terbabit makan di sebuah kedai sebelum mengajaknya ke bilik hotel yang telah pun ditempah secara atas talian.
Pada masa sama, dua rakan lelaki terbabit menunggu di bilik malah wanita itu juga mengetahui kehadiran mereka.
Wanita itu dikatakan hadir secara sukarela dan tidak menolak kemungkinan dia mengenakan bayaran.
Disiasat di bawah Enakmen Syariah

Kesemua mereka kini disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun.
Pssttt! Godaan dunia memang manis, tapi akibatnya boleh memalukan diri dan keluarga. Hargai maruah, jauhi perkara yang mengundang dosa.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




