Oh! Tidak
JIPS Bukit Aman siasat tiga pegawai polis Sabah susulan kematian tragis pelajar Zara Qairina.
Kes kematian tragis pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, nampaknya semakin serius bila tiga pegawai polis di Sabah kini disiasat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Difahamkan, siasatan ini dibuat selepas ada penemuan ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan yang sepatutnya dijalankan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, memaklumkan JIPS akan buka kertas siasatan tatatertib (KST) dan hantar pasukan ke Sabah dalam masa sehari dua.
Katanya, tindakan ini melibatkan Ketua Polis Daerah berpangkat Superintendan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor.
JIPS mahu siasatan menyeluruh ke atas kes Zara Qairina…
Menurut Ayob Khan, siasatan kali ini lebih kepada aspek penyeliaan kes dan ia akan dibuat secara menyeluruh. Beliau tegas, mana-mana pegawai yang gagal laksanakan tugas atau tidak memantau kertas siasatan dengan baik akan dikenakan tindakan tegas.
Mereka kena bertanggungjawab, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak atau pegawai bertanggungjawab untuk menyelia, memantau kertas siasatan.
Pegawai kita tak ambil tindakan, yang tidak buat penyeliaan kita akan ambil tindakan.- Katanya.
Tiada permohonan bedah siasat dibuat…
Sebelum ini, media melaporkan pasukan Task Force Bukit Aman mula siasatan pada 11 Ogos lalu. Hasil penemuan awal mendapati pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat, selain wujud ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, disebabkan kegagalan itu, pegawai penyiasat dan penyelianya akan dikenakan tindakan kerana tiada penyeliaan sewajarnya dijalankan.
Pssttt! Bila melibatkan nyawa, tak kiralah siapa pun yang bertugas, tanggungjawab mesti diutamakan. Ohmedia harap semua pihak yang terlibat akan lebih tegas dan teliti, supaya kejadian macam ni tak berulang. Korang pun, kalau nampak sesuatu yang mencurigakan, jangan diam saja, laporkan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!