hafidzul@hmetro.com.my
Gombak: Tiga pendaki dilaporkan terperangkap dan gagal menyeberangi Sungai Pisang di sini, susulan arus deras.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.43 petang hari ini.
“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 32 kilometer.
“Pasukan bomba tiba pada jam 4.09 petang dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pihaknya mendapati terdapat tiga mangsa terperangkap di seberang sungai selepas arus deras menyukarkan mereka menyeberang semula ke laluan utama.
“Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan bomba,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd



