Tiga warga emas leka sabung ayam ditahan

Tiga warga emas leka sabung ayam ditahan

am@hmetro.com.my

Penampang: Tiga lelaki warga emas yang leka menjalankan aktiviti sabung ayam di kawasan lapang di Kampung Sarapung, Kolopis, di sini, dalam serbuan, petang semalam.

Mereka berusia 64 hingga 74 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dalam Op Dadu kira-kira jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, ketika serbuan, kaki sabung ayam bertempiaran lari, namun tiga lelaki warga tempatan itu berjaya ditahan.

“Pasukan serbuan merampas empat ekor ayam hidup, tiga sangkar dan wang tunai sebanyak RM319,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top