Timbalan Menteri Besar Kelantan nafi keluar kenyataan menghina, perlekeh misi GSF

Timbalan Menteri Besar Kelantan nafi keluar kenyataan menghina, perlekeh misi GSF

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan menafikan dakwaan yang tersebar kononnya beliau atau PAS Kelantan mengeluarkan kenyataan menghina dan memperlekeh usaha misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Tegasnya, beliau sama sekali tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebagaimana yang tular di media sosial itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar melalui media sosial yang mendakwa kononnya saya atau PAS Kelantan mengeluarkan kenyataan menghina atau memperlekeh usaha misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.

“Sebaliknya PAS Kelantan berdiri teguh menyokong sepenuhnya segala usaha murni yang dijalankan oleh badan antarabangsa, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

“Segala bentuk fitnah yang disebarkan ini adalah tidak benar dan berniat jahat. Saya berharap masyarakat tidak mudah terpedaya dengan berita palsu dan sentiasa merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau turut mengajak semua pihak supaya bersama-sama menyokong dan mendoakan agar segala usaha membantu rakyat Palestin dipermudahkan Allah.

Terdahulu tular di media sosial kononnya Timbalan Menteri Besar Kelantan menyifatkan misi Global Sumud Flotilla gagal kerana bantuan yang dibawa tidak sampai ke Gaza.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top