Tindakan Ajak Netizen Hafal Sural Al-Mulk Raih Pujian, Nora Danish ‘Naik’ Segan -“Semua Ni Aturan AllAh”

Tindakan Ajak Netizen Hafal Sural Al-Mulk Raih Pujian, Nora Danish ‘Naik’ Segan -“Semua Ni Aturan AllAh”

Perkongsian pelakon jelita, Nora Danish baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila dia bertindak mengajak pengikut dan orang ramai diuar sana untuk sama-sama menyemak dan berlumba menghafaz bacaan surah Al-Mulk.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nora memaklumkan dia kini baru sahaja selesai menghafaz ayat satu sehingga ayat lima surah berkenaan selain meminta pengikutnya menyemak bacaan tersebut.

“Semoga dengan perkongsian video ini terbuka hati orang ramai di luar sana untuk sama-sama surah Al-Mulk dengan saya.

“Saya baru sahaja hafaz ayat satu  hingga lima. Haa, jom kita lumba nak sama-sama,” katanya.

Menerima respons positif dalam kalangan warganet, Nora mengaku malu dan segan apabila berkongsi tangkap layar laporan berita sebuah portal hiburan menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

Menurut Nora, apa yang terjadi  adalah aturan Allah SWT selain berharap dia sentiasa diberikan semangat dan perkongsiannya mampu untuk memberikan manfaat kepada semua orang.

“Allah, malu Nora. Semua ini aturan Allah SWT. Denagn kehendakNya dan diberikan semangat oleh hambanya.

“Tak besar mana pun, nak beza dengan yang lain. Baru nakbermula. Harapan saya agar menjadi manfaat pada yang melihat,”jelasnya.

Scroll to Top