Bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha meluahkan rasa berang apabila ada individu wanita seakan sibuk menjaga tepi kain konflik keluarganya apabila bertanya mengenai hubungan ibunya bersama cucu-cucu bekas isteri abangnya, Aidil Zafuan iaitu Rita Rudaini.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Zaquan memuat naik tangkapan skrin mesej yang diteriminya oleh individu tersebut yang bertanya sama ada ibunya tidak berjumpa cucu-cucu.
Individu tersebut turut menganggap bekas kakak ipar Zaquan iaitu Rita banyak memendam perasaan seorang diri.
“Mak tak nak tengok cucuk dari Rita ke? Sian Rita banyak memendam rasa. Semoga ada keajaiban untuk mak awak,” tulis individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Zaquan tampil membidas inividu tersebut memintanya agar tidak masuk campur urusan peribadinya.
“Boleh tak kau tolong hormat hal peribadi orang? Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur.
“Jaga rumah tangga kau saja sudah, kau didik anak-anak kau supaya tak sibuk hal orang.
“Kalau tak tahu cerita tak payah sedap mulut nak cakap. Jangan bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap benda bukan-bukan pasal kau,” tulisnya lagi.

Sekadar info, abang kepada Zaquan iaitu Aidil Zafuan pernah berkahwin dengan aktres, Rita Rudaini pada 2008 namun bercerai pada 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Arit Qaqa Arjuna.
Artikel Berkaitan: Doa Peminat Termakbul, Rita Rudaini Menang Anugerah Ibu Ikon 2024… Empunya Badan Mengaku Anak ‘Hadiah’ Paling Manis
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Selar Netizen – “Saya Yang Kena Corakkan Anak-Anak, Bukan Suami Jiran Atau Bapak Tiri Anda”
Artikel Berkaitan: “Mati Nanti Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” – Rita Rudaini Besarkan Anak Seorang Diri Sejak 15 Tahun Lalu




