Tindakan pelakon versatile, Nabila Huda yang memberikan kucing kesayangannya, Yuki, menikmati daging wagyu nyata mencuri perhatian ramai.
Mana tidaknya, daging wagyu dikenali sebagai antara daging paling mahal di dunia dan layanan istimewa itu jelas membuktikan kasih sayang luar biasa Nabila terhadap haiwan peliharaannya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil kelihatan menyuap Yuki dengan daging wagyu yang baru dibelinya.
“Mama baru balik daripada hunting. Japanesse wagyu.
“Ini adalah his Japanesse wagyu A5,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan pelakon filem Gayong itu yang begitu menyayangi kucing peliharaannya.
Malah, ramai yang turut mendoakan agar Nabila terus dimurahkan rezeki atas kebaikannya memelihara haiwan dengan penuh kasih sayang.




