Tinggal Komen Jelik Libat Agama, MCMC Saman Harith Iskander, Cecilia Yap

Tinggal Komen Jelik Libat Agama, MCMC Saman Harith Iskander, Cecilia Yap

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memperoleh kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengenakan tindakan kompaun berjumlah RM10,000 setiap seorang terhadap Harith Iskander dan Cecilia Yap.

Tindakan ini dibuat atas kesalahan memuat naik kandungan dan komen jelik menghina agama Islam di media sosial pada 18 Januari 2025.

Malah, tindakan kompaun tersebut akan dikenakan kepada Harith Iskander dan Cecelia Yap di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

Setelah menerima permohonan dari MCMC, Meta telah memadamkan kandungan berkenaan kerana melanggar garis panduan komuniti Facebook.

Permohonan untuk menutup akaun Facebook kedua-dua individu tersebut juga telah dibuat dan kini masih dalam proses penilaian oleh pihak Meta.

Sumber: Bernama

Scroll to Top