Tinggal Puasa Bertahun-Tahun Tak Ganti? Ini Cara Tentukan Jumlah Qada Dan Fidyah

Tinggal Puasa Bertahun-Tahun Tak Ganti? Ini Cara Tentukan Jumlah Qada Dan Fidyah

Oh! Islam

Ustaz Ahmad Dusuki jelaskan cara tentukan jumlah qada dan fidyah jika terlupa bilangan puasa yang tertinggal.


Menjelang bulan Ramadan, ada yang mula teringat puasa lama yang belum diganti. Lagi teruk apabila dah bertahun-tahun tertangguh sampai sendiri pun tak ingat berapa hari sebenarnya yang tertinggal.

Persoalan ini turut diajukan kepada Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani: Bagaimana nak tentukan jumlah qada dan fidyah kalau dah lupa bilangan hari yang perlu diganti?

Kalau lupa bilangan hari, ambil yang lebih yakin

Ganti Puasa

Menurut perkongsian beliau, ulama menyarankan kaedah seperti dalam solat berdasarkan hadis:

Apabila ragu salah seorang dari kamu dalam solat, hendaknya dia buang keraguannya dan dia ambil yang lebih meyakinkan.” (Riwayat Abu Dawud dan disahihkan oleh al-Albani)

Maksudnya, jika seseorang ragu tentang bilangan hari puasa yang tertinggal, dia perlu ambil jumlah yang lebih banyak supaya yakin tanggungannya selesai.

Ganti Puasa

Sebagai contoh, jika teragak-agak sama ada tertinggal 10 hari atau 15 hari, maka pilihlah 15 hari agar hilang keraguan.

Ustaz Ahmad Dusuki turut memetik pandangan Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni yang menjelaskan bahawa jika seseorang tidak tahu jumlah sebenar puasa yang perlu diganti, maka dia wajib terus melakukan qada sehingga dia yakin telah menggugurkan seluruh tanggungannya.

Maknanya, jangan berhenti sekadar agak-agak cukup. Pastikan benar-benar yakin semua hutang puasa sudah dilunaskan.

Wajib terus qada sampai yakin selesai

Fidyah

Berkenaan fidyah, jumlah hari puasa perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum membuat kiraan.

Terdapat dua kaedah pengiraan fidyah, sama ada menggandakan fidyah bagi setiap tahun yang tertangguh atau tidak menggandakan jika jumlahnya terlalu banyak dan tidak berkemampuan untuk membayar secara gandaan.

Pssttt! Isu hutang puasa bukan perkara kecil kerana ia melibatkan tanggungjawab antara hamba dengan Allah. Kalau sudah lama tertangguh, jangan tunggu lagi. Mulakan sedikit demi sedikit dan buat kiraan dengan jujur. Yang penting, ada usaha untuk melangsaikan tanggungan dan tidak terus menangguhkannya.

Kredit: Facebook Ustaz Ahmad Dusuki
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top