TIpu keputusan ujian calitan

bhnews@bh.com.my

KUCHING: Seorang wanita dikesan menipu keputusan ujian calitan bagi membolehkannya melawat keluarga di Bintulu.

Tindakan suspek berusia 33 tahun itu terbongkar sebelum ditahan polis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata suspek berbohong ketika cuba memohon permit di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk ke Bintulu.

“Salinan keputusan ujian calitan dibuat dari sebuah hospital pakar di sini tetapi ketika pengesahan dibuat, didapati berlaku penipuan bagi keputusan ujian calitan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

© New Straits Times Press (M) Bhd