Tiru gaya isteri ketika ‘live’, gelagat Safawi Rashid buat netizen geli hati

Tiru gaya isteri ketika ‘live’, gelagat Safawi Rashid buat netizen geli hati

Sudah dua bulan membina mahligai, rumah tangga selebriti Syifa Melvin dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rashid masih lagi menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini di media sosial.

Malah, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @ayu_rahayu842 di laman TikToknya, kelihatan pasangan tersebut sedang membuat siaran secara langsung bersama pengikutnya di aplikasi tersebut.

@ayu_rahayu842

tengok @paw1r ejek wifenya @Syifa Melvin 😂😂..#fyp #themelvins #adikberadikthemelvin #kekasih #syifawi #safawirasid29

♬ original sound – Rahayu Ariffin Agent KEKASIH – Rahayu Ariffin Agent KEKASIH

Dalam video tersebut, kelihatan Syifa sedang membuat demo mengenai kualiti produk kecantikan namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah gelagat Safawi yang leka mengikut gaya isterinya itu telah berjaya menghiburkan ramai.

Bukan itu sahaja, netizen sempat berseloroh berapa bayaran yang diterima oleh Safawi sebagai pelakon tambahan yang telah membantu dalam jualan yang dilakukan oleh Syifa semasa siaran langsung tersebut.

Sekadar info, Syifa dan Safawi selamat mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 di sebuah majlis akad nikah bertempat di hotel terkemuka ibu kota.

Sumber: TikTok @ayu_rahayu842