Pelakon terkenal, Norman Hakim mencuri perhatian ramai apabila sambut hari lahir anak perempuannya, Marissa Dania, yang ke-20 bersama keluarga bekas isterinya, Abby Abadi.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Norman meluahkan rasa syukur dan menzahirkan kata-kata penghargaan buat anak kesayangannya agar dapat membesar menjadi seorang wanita yang lebih baik.
Sambut hari lahir anak
“Selamat ulang tahun ke-20, puteri kesayangan kami.
“Semoga kamu sentiasa dilindungi dengan rahmat, kasih sayang dan perlindungan Ilahi daripada Allah S.W.T.
“Kamu amat kami hargai, sentiasa kami doakan dan dikasihi tanpa syarat, setiap hari dalam setiap cara.
“Teruslah membesar dengan keanggunan, kebijaksanaan dan kelembutan hati. Kami akan sentiasa berada di sisi kamu,” ujarnya.
Artikel lain: Iman Kilafairy dah hujung-hujung, terfikir kembali tak bertudung
Keluarga inspirasi orang ramai
Dalam perkongsian itu, Norman dan Abby Abadi meraikan ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang hanya dihadiri keluarga terdekat dalam sebuah majlis sederhana di pusat karaoke.
Bagusnya Abby dan Norman!
Rata-rata warganet memuji sikap kedua-dua selebriti itu yang dilihat mampu mengekalkan hubungan baik demi kesejahteraan anak-anak walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.
Selamat hari lahir Marissa
Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan hari lahir buat Marissa dan mendoakan agar dia sentiasa kuat dalam menempuh dugaan kehidupan dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.
Untuk makluman, Marissa Dania merupakan anak kedua hasil perkahwinan Norman dan Abby yang berpisah pada tahun 2008. Hubungan baik antara kedua-dua keluarga sering menjadi perhatian ramai dan dijadikan inspirasi oleh masyarakat.
Sumber: Instagram @Normanhakim786