Pelakon versatil, Puteri Balqis menerusi hantaran di Instagram Story menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga serta rakan terdekat yang tidak putus-putus memberikan sokongan buat dirinya ketika berdepan fasa sukar kebelakangan ini.
Dalam perkongsian tersebut, Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish turut menyebut beberapa nama rakan selebriti yang disifatkan banyak memberi kekuatan termasuk Datin Seri Umie Aida, Erma Fatima, Izara Aishah, Amelia Henderson dan Amir Ahnaf.
Namun di sebalik ucapan penghargaan itu, pelakon berusia 19 tahun berkenaan mengakui dirinya berasa gagal, terutama dalam memenuhi harapan insan paling dekat di hatinya iaitu ibunya.
“Mak, kakak gagal. Tapi macam mak cakap… esok kan masih ada. Kita cuba lagi,” tulisnya pada hantaran video berkenaan.
Terdahulu, Aqish menyorot perhatian ramai selepas mendakwa pelakon Mia Sara Nasuha bertindak mengaib serta menghina ibunya, Norashikin Abdul Aziz, sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental ibunya itu.
Aqish turut mendakwa, wujud insiden membabitkan perbuatan membuli di set penggambaran beberapa tahun lalu.
Sekali gus mendedahkan dia pernah diketepikan ketika ingin bergambar bersama peminat kerana dianggap kurang dikenali pada ketika itu.
ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Jadi Kambing Hitam” – Puteri Balqis Seru Mangsa Buli Bangkit Melawan
ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Guna Agama Nak Tunjuk Baik” – Puteri Balqis Bidas Kenyataan Daler Yusof, Pertahan Ayah Tiri
ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Balqis Bongkar Mesej Kawan Rapat Mia Sara, Cerita Sisi Gelap Didakwa Libat Pergaulan Bebas & Pengkhianatan
ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Sedia Disaman, Dipenjara Sekalipun” – Puteri Balqis Tegas Pertahan Kenyataan
ARTIKEL BERKAITAN:“Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf




