amir_hamid@mediaprima.com.my
Kita kerap melihat halaman rumah hanya sebagai ruang untuk menanam pokok bunga atau sekadar tempat meletak kenderaan.
Namun, sebenarnya, dengan perancangan yang kreatif, laman rumah mampu bertukar menjadi zon terapi yang mendamaikan.
Kehadiran elemen seperti pangkin, pergola dan kerusi taman bukan sekadar pelengkap hiasan halaman, malah ia berfungsi sebagai ruang ‘healing’ buat seisi keluarga.
Dekotaman kali ini mengupas pelbagai pilihan struktur rehat yang boleh dipertimbangkan untuk menaikkan seri halaman.
1. Pangkin: Sentuhan nostalgia yang malar segar
Pangkin sinonim dengan budaya masyarakat Melayu. Jika dahulu ia dibina daripada buluh atau kayu kampung, kini rekaan pangkin berevolusi mengikut arus moden.
Sesuai diletakkan di bawah pohon besar yang rendang.
Ia tahan hujan dan panas tanpa perlu risau masalah anai-anai.
2. Pergola: Teduhan eksklusif dan elegan
Pergola adalah struktur berbumbung dengan sekelilingnya terbuka. Ia menjadi ‘focal point’ di mana-mana laman.
Ia juga boleh memberikan bayang-bayang hidup di sebalik tanaman menjalar.
Rimbunan hijau ini akan bertindak sebagai bumbung semula jadi yang menyegarkan.
3. Variasi kerusi taman: Memberikan keselesaan rehat
Pemilihan kerusi bergantung kepada keluasan laman dan konsep dekorasi yang ingin dibawa.
4. Mewujudkan ruang berehat
Selain perabot, atmosfera ruang rehat perlu diambil kira.
Kesimpulan, memiliki halaman cantik bukan bermakna perlu berbelanja besar. Kuncinya adalah pada pemilihan material yang tepat dan susun atur praktikal.
Sama ada mahu memilih pangkin tradisional untuk nostalgia atau pergola moden bergaya kontemporari, pastikan ia menjadi ruang yang membuatkan kita rasa tenang setiap kali melangkah keluar rumah.
Selamat menghias laman!
© New Straits Times Press (M) Bhd




