Perkongsian pelakon Tiz Zaqyah menjadi perhatian apabila dilihat lantang bersuara mengenai program hiburan, Melodi yang dilabel sebagai buli.
Difahamkan, ia dipercayai berkaitan kontroversi situasi Bella Astillah menyampaikan anugerah kepada Sophia Albarakbah malam tadi.
BACA: “Dia Dah Move On, Yang Pernah Rasa Je Tahu” – Nina Ismail Sabri Kagum Dengan Bella Astillah

Menerusi satu perkongsian lain, Tiz mendedahkan pengalaman apabila set pengambaran mereka diterjah oleh Melodi serta mendakwa salah seorang pelakon menangis selepas ditemu bual oleh program hiburan berkenaan.

Kata Tiz lagi, jangan libatkan kehidupan peribadi dalam publisiti apatah lagi apa yang disiarkan di kaca televisyen atau media sosial akan kekal selama-lamanya.