TLDM mengejar 25 kapal nelayan Indonesia

Indonesian Fishing Boats

Kuala Lumpur: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengejar 25 kapal nelayan Indonesia yang menceroboh perairan wilayah Malaysia 52 batu nautika di timur Pulau Perak, Kedah petang ini.

TLDM dalam satu kenyataan hari ini, mengatakan KD Mahawangsa melalui Op Benteng Laut digerakkan untuk memintas kapal-kapal itu setelah mendapat maklumat dari Komander Komponen Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenai pencerobohan tersebut.

Kapal yang sedang melakukan rondaan di Selat Melaka Utara, segera bergerak ke lokasi dan menemui 25 kapal nelayan yang mengibarkan bendera Indonesia dan tanpa nombor pendaftaran. Kehadiran kapal TLDM 24 jam sehari adalah untuk mengekang kemasukan pendatang tanpa izin dan mencegah penyebaran COVID-19, kata kenyataan itu.- BERNAMA

Malay News
National Desk

Scroll to Top