Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail atau lebih mesra dikenali dengan panggilan TMJ telah mendedahkan kriteria bakal ‘Ketua Pegawai Eksekutif’ pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang akan di revolusikan bermula tahun depan.
Menerusi Instagram story rasmi TMJ, beliau telah menyatakan bahawa pemilihan tersebut hampir selesai dan memberitahu dengan terperinci huraian kerja jawatan tersebut.
Perlu mahir segala aspek termasuk bidang komersial

TMJ berkata, Ketua Pegawai Eksekutif pasukan kebangsaan mestilah seorang yang memahami bola sepak dan mengetahui selok-belok sukan ini secara profesional supaya dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial dan hubungan interpersonal dalam bola sepak.
Beliau (CEO) mestilah seorang yang bukan sahaja pernah bermain di peringkat tertinggi, tetapi juga seorang usahawan yang mampu memacu kepentingan komersial Harimau Malaya.-Katanya
Selain itu, TMJ menambah, beliau juga perlu berupaya memberi nasihat kepada liga berkenaan dasar-dasar yang boleh secara langsung dan tidak langsung meningkatkan kedudukan pasukan kebangsaan kerana liga yang kuat dengan lebih banyak pasukan yang diuruskan dengan baik akan meningkatkan ‘standard’ bola sepak Malaysia.
Mempunyai ‘Networking’ yang luas

TMJ turut menyatakan bakal Ketua Pegawai Eksekutif ini perlu mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak dengan hubungan erat bersama individu-individu yang berjaya dalam sukan ini bagi merangka hala tuju Harimau Malaya.
Siapakah bakal CEO tersebut? kita nantikan pengumumnya tidak lama lagi.




