Tokti terpaksa batal persembahan ‘last minute’, anak cedera jatuh scooter

Tokti terpaksa batal persembahan ‘last minute’, anak cedera jatuh scooter

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza semalam telah membatalkan satu persembahan yang telah dijadualkan secara mengejut apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah dikejarkan ke pusat rawatan.

Menerusi perkongsian beliau di Insta Story, biduanita yang mesra disapa Tokti itu memohon maaf kepada client kerana memaklumkan perkara tersebut last minute kerana anaknya baru sahaja mengalami kemalangan.

Menurut Tokti, Siti Aafiyah terjatuh ketika bermain scooter sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan. Beliau juga memaklumkan yang anaknya perlu dimasukkan ke Occupational Therapy (OT).

Beliau turut berkongsi keadaan tangan Aafiyah yang berbalut dan sebelum menerima rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru Tokti di Instagram, beliau memaklumkan Aafiyah dalam keadaan baik dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan anaknya.

Beliau juga menjunjung kasih kepada KDYMM Tuanku Permaisuri Agong kerana bertanya khabar serta mendoakan anaknya segera sembuh.

 

Untuk rekod, Siti Aafiyah merupakan anak pertama Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, pelantun lagu Cindai ini telah menimang cahaya mata perempuan pada 2018.

Beliau dan suami, Dato’ Sri Mohamad Khaled Jiwa menimang seorang lagi cahaya mata pada 2021 yang diberi nama Muhammad Afwa.

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza