“Tolong Jadi Manusia” – Rita Rudaini Kecewa Masih Tiada Tangkapan Kes Zara

“Tolong Jadi Manusia” – Rita Rudaini Kecewa Masih Tiada Tangkapan Kes Zara

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa terhadap perkembangan saisatan kes kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustafa, Allahyarham Zara Qairina, yang dipercayai menjadi mangsa buli.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita menggesa agar individu yang menyaksikan kejadian berkenaan sama ada pelajar mahupun guru untuk berani tampil ke hadapan.

BACA: “Yang Tak Nak Belajar, Sila Keluar…” – Rita Rudaini Ulas Isu Buli Di Sekolah

“Sudah hari ke berapa dah ni, seorang pun tiada ditahan reman lagi ke?Susah sangat nak cari? Cekup dulu warden, pengetua dan guru-guru, siasat! Waktu macam ini tak nak pula mengaku Zara di bawah jagaan korang.

“Mungkin hari ini nasib ibu Zara, suatu hari akan kena dekat anak korang pula. Tolong jadi manusia!

“Wahai pelajar dan guru-guru, Allah sedang menguji kamu untuk bercakap benar atau tidak,” tulisnya.

Terdahulu, anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi penjelasan berhubung dakwaan suspek yang terlibat dalam kes kematian Zara Qairina sedang ‘dilindungi’ oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun, polis Sabah meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan. 


Scroll to Top