Selebriti popular, Nur Fazura mengambil peluang menasihatkan peminatnya ketika sesi live di TikTok baru-baru ini agar tidak melayan sebarang provokasi daripada mana-mana pihak yang cuba menjatuhkannya.
Kata Faz, menerusi perkongsian tular di Threads, dia berharap para penyokongnya tidak terpengaruh atau memberi perhatian kepada perkara negatif, sebaliknya terus memberi tumpuan kepada perkara yang lebih baik.
“Saya nak uar-uarkan kepada peminat saya, jangan layan apa-apapun provokasi daripada hati-hati yang mungkin berniat tidak baik.
“Tolong abaikan, tolong block, tolong jangan fokus kepada mereka. kita fokus sahaja pada benda-benda baik, fokus amalam dan ibadah kita, dan teruskan banyak bersabar. Sebab orang nak uji kita semua juga. Mudah-mudahan,” katanya.
Dalam hantaran sama, Fazura menyifatkan pesanan tersebut sebagai peringatan buat para peminatnya yang sentiasa menyokong karier seninya selama ini.
Malah, dia juga menegaskan apa sahaja provokasi yang ditimbul di sosial media tidak menjejaskan dirinya.
“So, itu adalah pesanan khidmat masyarakat daripada saya kepada semua darling Faz diluar sana. Tolong block, tolong palau, jangan layan, jangan beri mereka perhatian kerana itu sebenarnya yang mereka nak.
“Tapi bukan itu yang membuatkan saya down ya, tidak. So, don’t worry i will be okay,” jelasnya.




