am@hmetro.com.my
Los Angeles : Pasangan pelakon muda terkenal Hollywood, Tom Holland, 28, dan Zendaya, 28, menangguhkan rancangan perkahwinan mereka kerana tekanan profesional dan keutamaan peribadi.
Walaupun hubungan mereka kekal kukuh, sumber terdekat pasangan itu mengesahkan komitmen kerja serta perjalanan pemulihan Holland daripada ketagihan alkohol menjadi faktor utama penangguhan majlis perkahwinan mereka.
Pasangan itu juga berdepan cabaran dalam mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi terutamanya dalam menyelaras jadual masing-masing.
Holland sebenarnya ingin berkahwin secara senyap, namun Zendaya pula mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang besar dan romantik bersama keluarga.
Perbezaan visi ini ditambah pula dengan jadual mereka yang bertindih, menjadikan perancangan perkahwinan pada tahun ini sesuatu yang mustahil.
Pembabitan Holland dalam perniagaan bir tanpa alkohol turut menjadi sebahagian penting dalam komitmennya terhadap kehidupan yang bebas alkohol.
Komitmen ini digabungkan dengan tuntutan kerjaya Zendaya menyebabkan pelbagai kekangan logistik.
Jarak dan perjalanan yang berterusan turut memberi tekanan kepada hubungan mereka. Malah ketika berada di kota yang sama, salah seorang daripada mereka sering terikat dengan jadual kerja yang padat.
© New Straits Times Press (M) Bhd




