Tommy Mawat mantapkan benteng Perak FC

Tommy Mawat mantapkan benteng Perak FC

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin (kiri) bersama Tommy Mawat. – Foto Facebook Perak Football Club

PERAK FC mengorak langkah awal dalam memperkuatkan The Bos Gaurus bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan apabila berjaya mendapatkan khidmat bekas bek kiri Negeri Sembilan FC, Tommy Mawat Bada.

Pengendali Perak, Yusri Che Lah berkata, faktor pengalaman selain mampu beraksi di beberapa posisi pertahanan antara sebab bekas pemain skuad Bawah 23 tahun negara itu menjadi pilihannya.

“Dia memang pemain yang saya mahukan. Kalau kita lihat, Tommy antara pemain yang serba boleh kerana mampu beraksi sama ada di bahagian pertahanan kiri atau pertahanan tengah.

“Dari segi taktikal, dia mempunyai kemahiran yang bagus serta memenuhi kriteria saya khususnya dalam perencanaan formasi atau strategi pasukan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Scroll to Top