Manchester: Manchester City gagal memanfaatkan aksi di tempat sendiri apabila tumbang 2-0 di tangan Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, malam tadi.
Kekalahan itu sememangnya merencat rentak City yang sebelum ini menang dalam aksi pembukaan EPL minggu lalu.
Sebaliknya ia member momentum positif buat Tottenham untuk meraih enam mata maksimum dalam dua aksi dilalui setakat ini.
Dalam aksi itu, pelawat nyata cukup bersedia dengan berjaya menangkis setiap gerakan tuan rumah yang diketuai Erling Haaland di jentera hadapan.
Biarpun menguasai aksi dengan baik, City tampak sukar menembusi kubu Tottenham yang bertahan cukup berdisiplin.
Gol pelawat diraih menerusi Brennan Johnson pada minit 35 sebelum ia dilebarkan Joao Palhinha dalam masa kecederaan babak pertama.
Bersambung separuh masa kedua, City cuba bangkit namun keputusan itu kekal hingga wisel penamat.
© New Straits Times Press (M) Bhd