Toyota pelopor teknologi hibrid sejak 1997

Toyota pelopor teknologi hibrid sejak 1997

Ketika kebanyakan pengeluar kereta sibuk berlumba menghasilkan enjin lebih berkuasa dan kenderaan yang lebih laju, Toyota mengambil laluan berbeza dalam usaha mengubah landskap industri automotif global. 

Sejak memperkenalkan kenderaan hibrid pertama ke pasaran, Toyota Prius pada tahun 1997, Toyota memainkan peranan utama dalam membentuk landskap mobiliti lestari dunia.

Ia bukan sekadar inovasi teknologi, tetapi juga satu gambaran bahawa masa depan boleh menjadi lebih canggih dan maju.

Inovasi unggul, dipercayai

Teknologi hibrid Toyota dibangunkan melalui inovasi kejuruteraan unggul yang berterusan selama bertahun-tahun di jalan raya seluruh dunia. 

Hasil inovasi kejuruteraan ini menjadikan setiap model hibrid Toyota bukan sahaja cekap tenaga, malah lebih dipercayai untuk kegunaan jangka panjang.

Di sebalik reka bentuk moden dan prestasi pemanduan yang lancar, terdapat sistem kuasa hibrid yang diuji dari masa ke semasa, menjadikan Toyota sinonim dengan keunggulan teknologi dan kebolehpercayaan.

Inilah yang membezakan Toyota daripada jenama-jenama baharu yang muncul secara mendadak.

Bukan sekadar evolusi kenderaan

Seperti sedia maklum, Toyota Prius menjadi simbol keberanian Toyota untuk melangkah ke hadapan melalui pendekatan baharu.

Ia menjadi lambang kepada kebangkitan teknologi kenderaan hibrid yang dipelopori Toyota.

Namun, tidak ramai mengetahui sehingga tahun 2022, Toyota berjaya menjual lebih daripada 20 juta kenderaan hibrid di seluruh dunia, menjadikan mereka pengeluar kenderaan hibrid paling berjaya di pasaran global.

Hari ini, barisan kenderaan hibrid Toyota di Malaysia terus berkembang pesat dan merangkumi pelbagai segmen, menerusi model seperti Corolla Cross Hybrid, Camry Hybrid dan Innova Zenix Hybrid.

Setiap model ini membawa ciri tersendiri yang mencerminkan evolusi berterusan Toyota dalam memenuhi keperluan pengguna moden.

Lebih menarik, sejak edisi pertama Prius, Toyota telah memperluaskan teknologi elektrifikasi mereka yang secara keseluruhan dianggarkan berjaya mengurangkan lebih 160 juta tan pelepasan karbon dioksida.

Ia jelas menunjukkan bahawa revolusi yang dibawa Toyota bukan sahaja mementingkan aspek kepenggunaan, malahan bagi memelihara alam sekitar.

Fakta-fakta ini bukan sekadar trivia, tetapi bukti Toyota sudah lama berada di hadapan dalam bidang teknologi automotif.

Kekal relevan, dominan

Walaupun terdapat pelbagai jenama dan tawaran teknologi automotif baharu terutama dari pasaran China, Toyota kekal teguh dengan pendekatan yang berasaskan pengalaman, bukti jangka panjang dan inovasi berterusan. 

Teknologi hibrid Toyota bukanlah bersifat sementara, tetapi hasil daripada pelaburan, penyelidikan dan penambahbaikan yang berterusan.

Menerusi pendekatan ‘Multipathway’ yang dipegang pula, Toyota menawarkan pelbagai laluan teknologi daripada kenderaan hibrid elektrik (HEV), plug-in hybrid (PHEV), hingga ke kenderaan elektrik bateri (BEV) dan sel bahan api hidrogen.

Ia bagi memastikan setiap pengguna boleh memilih jalan terbaik berdasarkan keperluan sebenar mereka, tanpa bergantung kepada subsidi atau infrastruktur semata-mata.

Hibrid untuk semua

Barisan kenderaan hibrid Toyota tidak hanya tertumpu kepada golongan pencinta alam sekitar, tetapi juga bagi memenuhi keperluan pengguna yang mementingkan penjimatan bahan api, mahukan pengalaman pemanduan lebih lancar dan senyap, serta mengutamakan kualiti dan ketahanan jangka panjang.

Selari dengan komitmen ‘Mobility for All’, Toyota membangunkan teknologi hibrid yang mudah diakses dan praktikal untuk pelbagai lapisan masyarakat, daripada profesional muda hinggalah ke keluarga moden dan pengguna korporat.

Di sebalik perubahan zaman, Toyota terus membuktikan inovasi yang dibawa kumpulan itu bukan sekadar berpaksikan trend, tetapi lebih kepada menerajui masa depan mobiliti yang lebih bersih, pintar dan lestari kepada semua.

 

Rujukan:

https://toyotalebanon.com/NewsLineUp/toyota-achieves-cumulative-global-sales-milestone-of-more-than-20-million-electrified-vehicles 

https://www.carsifu.my/news/toyotas-multi-pathway-plan-for-eco-mobility 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top