Pelakon Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Tracie yang kini berusia 24 tahun tampil dengan imej baharu apabila menukar gaya rambut lurusnya kepada potongan ‘fringe’ di bahagian depan.
“#newhair Bang Bang bangs,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Penampilan terkininya itu menerima pujian ramai, malah rata-rata netizen menyamakan wajah dan gayanya dengan bintang sensasi K-pop, Lisa daripada kumpulan Blackpink.
@traciesinidol #newhair Bang bang bangs ✨
Menariknya, sebelum ini Tracie juga sering dikaitkan dengan pelakon popular tanah air, Mira Filzah, hingga ada yang mengatakan wajah mereka seiras seperti kembar.




