Trafik lebuh raya perlahan di petang 1 Syawal

Trafik lebuh raya perlahan di petang 1 Syawal

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lokasi sekitar lebuh raya utama negara dilaporkan mulai sesak dengan pertambahan jumlah kenderaan pada sebelah petang 1 Syawal.

Setakat 2.30 petang, aliran trafik arah timur dilaporkan bergerak perlahan dari arah Plaza Tol Gombak.

Aliran trafik dilaporkan agak sesak sejauh 3.8 kilometer (km) sebelum Plaza Tol Gombak hingga ke Kilometer (KM) 23.6 menghala Genting Sempah.

Kesesakan sejauh 10.8km turut dilaporkan berlaku dari KM25.2 hingga KM36 arah ke Genting Sempah.

Menurut kemas kini di laman X @LPTTrafik, aliran trafik mulai perlahan di lokasi terbabit akibat pertambahan jumlah kenderaan.

Sementara itu, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), aliran trafik dilaporkan perlahan menghala utara dari Senai ke Hentian Kulai.

Aliran trafik arah selatan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale turut dilaporkan perlahan akibat pertambahan jumlah kenderaan.

Setakat 3.26 petang, situasi sama dilaporkan dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering dan dari Ipoh ke arah Terowong Menora.

Selain itu, berlaku gangguan kelancaran aliran trafik akibat kereta rosak di di KM264.0 dari Ipoh ke Terowong Menora yang menyebabkan lorong kiri terhalang.

Kenderaan rosak yang menyebabkan lorong kiri terhalang turut dilaporkan di KM260.2 arah selatan dari Kuala Kangsar namun, trafik masih terkawal.

Trafik turut dilaporkan bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah selatan dari Putra Heights ke Bandar Saujana Putra.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top