Trafik sesak menghala ibu negara

Trafik sesak menghala ibu negara

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat 8.30 malam tadi, berikutan orang ramai mula kembali ke ibu negara dan bandar utama lain.

Berdasarkan maklumat Pusat Pemantauan Trafik Plus, trafik perlahan di Utara membabitkan Gurun ke Sungai Petani; Permatang Pauh ke Perai dan Bukit Gantang ke Bukit Berapit.

Aliran trafik perlahan juga di laluan Gua Tempurung ke Tapah; Sungkai ke Slim River dan di kawasan Selatan membabitkan Senawang ke Port Dickson.

Di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), aliran trafik dilaporkan lancar, namun trafik selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar sedikit perlahan.

Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di aplikasi X melaporkan di E2 Lebuhraya Utara-Selatan terdapat kemalangan di Kilometer 258.6 arah Utara dari Senawang ke Port Dickson (U) menyebabkan lorong kanan terhalang dan trafik perlahan.

Aliran trafik di E5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) lancar meski lorong kiri ditutup susulan terdapat kemalangan di Kilometer 39.00 arah Barat dari Sunway Tol ke Persiaran Kewajipan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top