Tragedi Di Restoran Brickfields! Tiga Lelaki Ditembak, Seorang Maut Di Tempat Kejadian | Trending – Oh! Media

Tragedi Di Restoran Brickfields! Tiga Lelaki Ditembak, Seorang Maut Di Tempat Kejadian | Trending – Oh! Media

Trending

Seorang maut dan dua cedera selepas tiga lelaki ditembak ketika makan di restoran Brickfields.


Terkini! Pihak polis melaporkan seorang maut dan dua cedera selepas ditembak lelaki tidak dikenali ketika sedang makan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian ngeri itu berlaku sekitar jam 10.50 malam, ketika ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun sedang santai bersama rakan-rakan.

Tembakan dilepaskan tanpa belas

Lelaki Ditembak
Foto Malaysia Gazette Muhaimin Marwan

Berdasarkan rakaman CCTV yang tular, mereka tiba-tiba didatangi dua lelaki menaiki motosikal dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata, seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Dua lagi mangsa menerima rawatan di PPUM dengan seorang daripada mengalami kecederaan serius manakala seorang lagi cedera ringan.

Siasatan masih berjalan

Polis kini sedang giat melakukan siasatan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi.

Kita yakin dapat mengenal pasti suspek dalam masa terdekat. Orang ramai tidak perlu gusar dengan kejadian ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihak polis menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Pssttt! Kami yakin PDRM dapat tangkap pelaku dengan segera. Nak tahu juga apa motif sebenar!

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top