Tragedi Guar Chempedak: Bapa Dedah Bakal Menantu Luah Hasrat Nak Meminang

Tragedi Guar Chempedak: Bapa Dedah Bakal Menantu Luah Hasrat Nak Meminang

Trending

Sepasang kekasih maut ditikam dalam kejadian menyayat hati di Guar Chempedak, Alor Setar, Kedah.


Tragedi berdarah di Guar Chempedak meragut nyawa sepasang kekasih yang sedang merancang masa depan bersama.

Lebih menyayat hati, bapa kepada mangsa wanita, Nurul Nur Syamira masih teringat kata-kata terakhir bakal menantunya yang mahu membawa keluarga datang meminang.

Bapa restu hubungan anak dengan bakal menantu

Guar Chempedak

Lapor Sinar Harian, Khamis Abdul Rahim berkata, kekasih anaknya iaitu Ku Asyraf Ku Shuib memohon izin untuk mengikat tali pertunangan jika mendapat restunya.

Kalau pak cik izin, saya nak bawa keluarga datang meminang.

Menurut Khamis Abdul Rahim lagi, dia bagaimanapun memohon mereka menunggu sehingga rumah di Selama, Perak siap dibina.

Saya terkejut bila polis beritahu anak saya dah meninggal dunia. Tak sangka langsung perkara macam ini boleh berlaku.

Difahamkan, Nurul Nur Syamira merupakan ibu tunggal kepada dua anak lelaki selepas bercerai lebih setahun lalu, namun tetap mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak.

Guar Chempedak

Khamis turut menyifatkan tindakan suspek yang menikam anaknya dan bakal menantu itu sebagai sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Pssttt! Hasrat untuk mengikat tali pertunangan tidak pernah kesampaian, sebaliknya cinta mereka berakhir dengan tragedi. Semoga keluarga mangsa terus kuat berdepan ujian ini dan roh kedua-duanya dicucuri rahmat.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top