Tragedi Sungai Linggi: Jenazah dua beradik selamat dikebumikan

Tragedi Sungai Linggi: Jenazah dua beradik selamat dikebumikan

am@hmetro.com.my

Port Dickson: Jenazah dua beradik yang lemas dalam kereta yang menggelungsur dan tenggelam di Sungai Linggi pada 4 September lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana di sini, petang tadi.

Jenazah dua beradik itu diuruskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan dibantu Polis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengarah JHEAINS Mohd Asri Abdullah berkata, pihaknya menguruskan jenazah kedua-dua mangsa mengikut tatacara Islam dan selesai dilaksanakan jam 5.30 petang tadi.

“Pengurusan jenazah dan mandi dilaksanakan di Hospital Port Dickson dan dikebumikan di Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana, tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 4 September lalu, media melaporkan sebuah kereta yang di parkir di tepi Sungai Linggi menggelungsur masuk ke dalam sungai ketika dua beradik berusia enam dan lapan tahun itu tidur di dalam kereta.

Bapa kanak-kanak itu dan teman wanitanya ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan Polis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top