Tragedi tanah runtuh di Ajil petang tadi difahamkan telah mengorbankan dua beradik, manakala seorang lagi mengalami kecederaan.
Memetik laporan dari Harian Metro, jiran kepada mangsa, Danial Arabi, 36 memaklumkan dirinya terdengar suara mangsa meminta tolong, namun tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan tidak tahu keberadaan mereka.
“Saya dengar suara mangsa meminta tolong namun saya tidak dapat buat apa-apa kerana tidak tahu keberadaan mereka,” katanya.
Tragedi tanah runtuh waktu jiran sedang berehat di rumah
Danial yang menjadi individu pertama berada di lokasi kejadian menyatakan yang dirinya ketika itu sedang berehat sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan terus bergegas keluar untuk mengetahui apa yang belaku.
“Sebaik keluar, saya melihat tanah runtuh yang menghempap tiga rumah termasuk rumah dihuni enam beranak.
“Saya segera ke sana dan nampak seorang mangsa yang terperangkap selain mendengar suara meminta tolong.
“Saya kemudian menghubungi polis dan bomba memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya.
Tragedi tanah runtuh korbankan 2 mangsa adik beradik
Kejadian tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu telah menghempap tiga buah rumah iaitu rumah yang didiami kesemua mangsa serta dua rumah lagi yang sedang dalam pembinaan.
Mangsa yang terkorban adalah Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13 tahun. Seorang lagi mangsa berjaya diselamatkan dan mengalami kecederaan dikenali sebagai Uzair, 17.
Artikel lain: Pemilik rumah pegang tasbih berzikir, lihat kediaman runtuh depan mata dirempuh arus
Ibu mangsa2 tiada di rumah ketika kejadian
Difahamkan, rumah tersebut didiami enam beranak namun ibu mangsa dipercayai tiada di kediaman mereka sewaktu kejadian.
Kredit foto: Bernama
Terdahulu, berita tiga mangsa terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil benar-benar mengejutkan.
Piahk bomba memaklumkan yang pihak mereka telah menerima panggilan pada 4.59 petang sebelum pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan Wakaf Tapai bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat.
Sumber: Harian Metro (Zatul Iffah Zolkiply)