Tragedi UPSI: Pemandu Bas Dinasihatkan Bersabar! | Trending – Oh! Media

Tragedi UPSI: Pemandu Bas Dinasihatkan Bersabar! | Trending – Oh! Media

Trending

Polis nasihat pemandu bas tragedi UPSI agar tidak buat kenyataan terbuka. Siasatan teknikal brek belum selesai, elak timbul spekulasi.


Hangat diperkatakan di media sosial mengenai nahas menyayat hati yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik baru-baru ini.

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, pihak polis menasihatkan pemandu bas terbabit agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka buat masa ini.

Polis minta pemandu bas diam dulu, biar siasatan jalan

Upsi

Kenyataan awal yang dibuat secara terbuka boleh mengganggu siasatan dan timbulkan spekulasi liar dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.

Kalau boleh, bersabarlah sedikit. Tunggu kenyataan direkodkan terlebih dahulu, lepas tu barulah boleh bercakap.

Isu brek gagal, masih dalam siasatan

Bas Upsi

Terdahulu, pemandu bas berusia 39 tahun itu mendakwa masalah teknikal, termasuk brek gagal berfungsi, menyebabkan bas hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Namun, Noor Hisam menjelaskan, dakwaan tersebut hanya boleh disahkan selepas siasatan teknikal penuh dilakukan oleh agensi berkaitan.

Jangan buat kesimpulan awal. Kita tunggu siasatan terhadap kenderaan.

Pssttt! Ketika tragedi melanda, penting untuk kita beri ruang kepada siasatan dijalankan dengan telus dan tenang. Elak keluarkan kenyataan terburu-buru, biar kebenaran didedahkan dengan fakta, bukan emosi.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top