mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memantau rapi paras air di kawasan landasan yang berisiko banjir di sektor utara, susulan hujan berterusan.
Bagaimanapun katanya, buat masa ini, semua perkhidmatan tren penumpang di sektor utara masih beroperasi seperti biasa, namun terdapat kelewatan disebabkan langkah keselamatan tambahan yang diambil bagi memastikan perjalanan penumpang kekal selamat.
“Pasukan operasi KTMB berada di lapangan dan sentiasa bersiap siaga, manakala pemantauan dilakukan secara berterusan.
“KTMB akan mengemaskini informasi terkini dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi kami,” katanya dalam kenyataan malam ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




