Makin ramai nampaknya buat trend ‘S-Line’ dekat media sosial dan ini mula mencetuskan kerisauan dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan beragama Islam.
Trend ini dikatakan diinspirasikan daripada sebuah drama Korea dan kini menjadi ikutan dalam kalangan remaja Muslim di Malaysia.
Trend pelik ini memperlihatkan individu mempamerkan garisan merah di atas kepala mereka dalam, kononnya melambangkan bilangan pengalaman seksual yang dimiliki. Semakin banyak garisan, semakin ‘berpengalaman’ seseorang itu.
MTPN bimbang trend ‘S-Line’ aibkan diri sendiri makin normal…

Menurut Naib Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Datuk Mohd Faiz Zulkifli, trend ini sangat membimbangkan kerana ia seolah-olah membuka ruang kepada pendedahan aib secara terbuka dan bertentangan dengan nilai agama serta norma masyarakat Timur.
Ada yang mengaitkan dengan perbuatan zina jika yang melakukan itu belum berkahwin. Meskipun ia kelihatan hanya simbolik, namun realitinya menjurus kepada pendedahan maruah dan mendorong membuka aib secara terbuka.- Katanya.
\Tambah Faiz, ramai remaja hari ini mudah terpengaruh dengan tekanan sosial dan perasaan takut ketinggalan (FOMO). Akibatnya, mereka sanggup melakukan sesuatu yang jelas bercanggah dengan batas agama dan adab semata-mata mahu ikut trend.
Lebih membimbangkan, trend ini dijadikan sebagai ‘konten’ untuk menarik perhatian atau menjadi tular tanpa mengira impaknya terhadap maruah diri.
Maruah diri bukan bahan konten tontonan umum…
Sebagai pengguna, kita perlu bijak menilai kandungan yang sesuai dikongsi. Maruah bukan untuk dijadikan bahan tontonan atas nama hiburan atau simbolisme kosong.- Jelas Faiz.
Beliau turut menegaskan bahawa Islam melarang perbuatan membuka aib diri sendiri, apatah lagi untuk tontonan umum.
MTPN juga menyeru para ibu bapa, pendidik dan masyarakat untuk memainkan peranan dalam membimbing anak-anak agar lebih berhati-hati terhadap pengaruh trend luar yang tidak sesuai dengan budaya dan prinsip Islam.Trend ‘S-Line’ dikritik MTPN kerana dedah maruah diri secara terbuka. Ketahui bahayanya
Pssttt! Ohmedia nak ingatkan korang, tak semua trend di media sosial itu sesuai untuk kita ikut. Jangan sampai nak nampak ‘in’ punya pasal, maruah diri sendiri pun tergadai. Bijaklah memilih apa yang nak dikongsi dan jangan mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh menjatuhkan harga diri. Gunakan media sosial untuk sebar benda baik, bukan untuk bukakan aib sendiri.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!






