Trent puji taktikal Slot biarpun semakin kurang bermain

Trent puji taktikal Slot biarpun semakin kurang bermain

London: Trent Alexander-Arnold memuji taktik “menakjubkan” yang dibawa oleh Arne Slot ke Liverpool, walaupun ketibaannya menyebabkan dia “semakin kurang bermain.”

Timbul banyak persoalan mengenai masa depan Alexander-Arnold kerana kontraknya masih belum diperbaharui untuk musim depan, tetapi tidak dapat dinafikan dia menikmati tempoh bekerja di bawah Slot.

Bek kanan itu diberi cabaran baru untuk pertama kalinya sebagai pemain senior di Liverpool, dengan Jurgen Klopp yang mengembangkan kariernya bersama kelab sehingga musim ini.

Liverpool nyata serupa dalam beberapa aspek jika membuat perbandingan ketika di bawa era Klopp, tetapi Alexander-Arnold secara berseloroh menyatakan perbezaan yang ketara dalam satu temu bual bersama TNT Sports.

Dia berseloroh: “Saya rasa mungkin salah satu perkara terbesar yang berubah untuk kami (dia dan Robertson) adalah kami mungkin bermain sedikit kurang sekarang, bukan? Dia banyak menyimpan tenaga kami.”

Selain daripada masa bermain yang dikurangkan, yang menyaksikan Alexander-Arnold digantikan sembilan kali, dia memuji taktik “menakjubkan” yang dibawa oleh Slot ke kelab itu.

“Cara dia melatih dan gaya permainan serta identiti yang kami ada sebagai sebuah pasukan adalah sesuatu yang jelas untuk dilihat.

“Rakan-rakan sepasukan sudah mula menerimanya sejak hari pertama. Taktik yang dia gunakan juga sangat mengagumkan.

“Kami semua menikmatinya, dia membawa yang terbaik untuk pemain, itu yang anda mahu sebagai seorang pemain.

“Kami semua bersedia untuk belajar dan memperbaiki diri.

“Dia adalah seseorang yang akan menekankan perkara itu kepada kami. Seperti yang anda lihat, rakan-rakan sepasukan sudah mula menerimanya sejak hari pertama,” jelas Alexander-Arnold.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top