Troli Tak Penuh, Tapi Bayar Lebih RM100? Ini Cara Untuk Pusing Balik Perbelanjaan Jadi Lebih Berbaloi | Branded – Oh! Media

Troli Tak Penuh, Tapi Bayar Lebih RM100? Ini Cara Untuk Pusing Balik Perbelanjaan Jadi Lebih Berbaloi | Branded – Oh! Media

Melihat kepada keadaan sekarang, tak dinafikan kita memang kena bijak berbelanja. 

Bayangkan, masuk pasaraya untuk beli beberapa barangan rumah, troli pun tak penuh, tapi bila sampai depan kaunter, jumlah yang perlu dibayar dah mencecah lebih RM100. Macam tu je duit kita semua terbang… 

Jujur cakap, sebenarnya ada cara bijak untuk kita pusing balik perbelanjaan kita tu jadi lebih menguntungkan. Nak tahu macam mana, meh sini kami kongsikan.

Lupakan Wang Kertas, Bayar Keperluan Rumah Dengan Tap Kad!

Kalau korang jenis yang suka bayar guna duit kertas, tahu tak sebenarnya korang tengah dalam kerugian besar? Eh, kenapa rugi pula? 

Dengan berbelanja menggunakan tunai, korang cuma akan dapat barang yang dibeli saja. Tapi, kalau korang tukar cara pembayaran kepada kad, korang boleh dapat pulangan tau. Seriuslah?!

Kad MyDebit boleh digunakan untuk pembayaran, tak kira jenis perbankan.

Haa, tahu tak dekat Lotus’s sekarang ni, kalau korang berbelanja minima RM100 dalam satu resit, korang akan menerima pulangan segera bernilai RM10! 

Mana-mana aplikasi e-wallet atau perbankan boleh dipilih untuk melakukan pembayaran menggunakan DuitNow QR.

Apa yang perlu dibuat adalah hanya lakukan pembayaran menggunakan kad MyDebit dari mana-mana bank pilihan atau imbas saja DuitNow QR dari mana-mana aplikasi e-wallet atau perbankan pilhan menggunakan telefon pintar korang. Mudahkan? 

Jadi, lepas ni, kalau korang nak beli barangan rumah, tak perlu cari pasaraya lain, terus serbu Lotus’s berdekatan sebab pulangan ini hanya tersedia di Lotus’s saja tau!

Tak Cukup RM10, Lotus’s Bagi Lagi Pulangan Extra!

Kalau korang rasa pulangan RM10 tu tak mencukupi, apa kata korang jadi ahli MyLotus’s terus! 

Lagi-lagi kalau korang jenis yang rajin restock barangan basah dua kali seminggu, korang kena cek aplikasi MyLotus’s ni! 

Selain daripada ada tawaran menarik, tahu tak dengan melakukan transaksi minima dua kali seminggu menggunakan MyDebit dari mana-mana bank pilihan atau DuitNow QR dari mana-mana aplikasi e-wallet atau perbankan pilhan, korang automatik akan menerima: 

– kupon diskaun RM3 (masuk menerusi aplikasi)

– potongan harga untuk barangan terpilih sepanjang tempoh kempen berlangsung

Fuhh, dapat pulangan RM10, ditambah pula dengan kupon diskaun RM3, siap ada potongan untuk barangan terpilih lagi. Memang betul-betul berbaloi ni! 

Jadi Pengguna Bijak, Berbelanja Di Lotus’s Berdekatan Sekarang!

Sekarang korang dah tahu kan cara bijak untuk kita pusing balik perbelanjaan kita supaya lebih menguntungkan? 

Tunggu apa lagi, jadilah pengguna yang bijak dan berbelanja di Lotus’s sekarang untuk tawaran dan pulangan yang jauh lebih berbaloi! 

Untuk korang yang belum lagi jadi ahli MyLotus’s, muat naik aplikasi MyLotus’s sekarang di Apps Store dan Google Play.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lotus’s, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top