Oh! Tidak
Trump akui AS bekalkan senjata kepada perusuh Iran, cetus persoalan campur tangan dan hipokrasi Washington.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang bagi Ohmedia tak mengejutkan pun apabila secara terbuka mengakui Washington membekalkan senjata kepada perusuh ketika protes ganas melanda Iran awal tahun lalu.
Pengakuan ini jelas bercanggah dengan kenyataan terdahulu yang mendakwa demonstrasi tersebut berlangsung secara aman dan tidak melibatkan sebarang senjata, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan besar.
Pengakuan Donald Trump bercanggah dengan kenyataan awal

Menurut laporan, pendedahan ini berlaku dalam satu wawancara bersama Fox News pada Ahad. Sebelum ini, Trump memberi gambaran bahawa protes di Tehran hanyalah perhimpunan aman tanpa campur tangan luar.
Kami hantar banyak senjata kepada perusuh di Iran melalui saluran Kurdish. Ia mungkin tidak sampai sepenuhnya ke tangan mereka.- Katanya.
Namun kali ini, kenyataan beliau seperti ‘terlepas cakap’ dan menunjukkan situasi sebenar yang jauh berbeza. Ia sekaligus membuka ruang kepada spekulasi bahawa protes tersebut mungkin tidak berlaku secara semula jadi.
Dakwaan Campur Tangan AS Dan Israel

Pengakuan ini juga menguatkan lagi dakwaan pihak Iran yang sejak awal percaya bahawa protes ganas itu dirancang oleh Amerika Syarikat bersama Israel.
Malah, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, turut menyatakan bahawa kumpulan perusuh bersenjata dipercayai dilatih oleh agensi risikan luar bagi mencetuskan huru-hara dalam negara tersebut.
Situasi ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa konflik tersebut mungkin lebih kompleks dan melibatkan strategi geopolitik yang besar.
Persoalan hipokrasi dan kesan kepada rakyat

Apa yang lebih mengejutkan, tindakan ini dilihat bertentangan dengan naratif Washington yang sering memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.
Sebaliknya, pendedahan ini menunjukkan kemungkinan wujudnya campur tangan yang menyumbang kepada keganasan sehingga meragut nyawa orang awam di Tehran.
Ia sekaligus mencetuskan persoalan tentang sejauh mana keikhlasan kuasa besar dalam menjaga kestabilan negara lain.
Pssttt! Dalam dunia politik global ni, tak semua yang nampak itu benar. Korang kena bijak tapis maklumat dan jangan mudah percaya bulat-bulat apa yang dipaparkan. Kadang-kadang cerita sebenar jauh lebih ‘gelap’ dari apa yang kita sangka.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




